Daisypath Anniversary tickers

Monday, 17 December 2012

:: sakit badan ::

Assalamualaikum


Morning! hari ni bangun pagi sakit-sakit badan. huhu. tak tahu nape. tak kan bp aku naek lagi kot. sakit tengkok, pening kepala, badan sakit-sakit. nak muntah pon ada. angin ke ek? kadang-kadang terpikir ada benda menumpang ke. waaaaa. takot. mintak-mintak dijaohkan. aku baru pas peod. masa before peod sakit gak cam ni. bersangka baik je la kan. sakit badan urat sume sebab baru balik bercuti kat pd. pas tu aku peod ok da badan. ni hari ni nape sakit balik. huhu. effect mood. anggap jela bp ngan angin ni.
*please jaga makan ye. ko tu jumaat ni nak g jalan-jalan. camne nak jalan kalo sakit. =_= *


p/s : nak bubuh gambar. tapi line lembap yang amat. tak sabar aku nak tunggunya. bayar bb dl ye, baru pkir nak bubuh gambar.



Sunday, 16 December 2012

:: Duit Bukan Segala-galanya ::


Assalamualaikum


Second entry tuk hari ni. hehe. malam ni aku nak cerite tentang life,duit dan diriku. salah satu sebab yang wat aku semangat sangat nak berbelog balik sebab aku terbaca belog sorang sedara aku ni. dia ni pangkat makcik aku. umor sama aku 24. nama die juju. dia ni isteri kepada pakcik aku aka cuzin mak aku. pakcik ke??? errrkkk..haha. pakcik aku umur sebijik ngan aku. dia lahir sama tarikh ngan aku. 27/7/88. aku ni tak rapat pon ngan pakcik aku ni. tak perna bercakap pon kot. tapi ngan bini dia ni laen. startnya ngan wedding kakak diorang ni. tua setaun dari aku. time tu baru start aku cakap ngan juju. and aku suke kawan ngan juju ni sebab die ni peramah n tak sombong. ok la. first impression aku tuk dia.


Yang menarik aku nak citer tentang juju and aizat ni. aku baca belog si juju ni. dari satu entry ke entry. aku suka cara dia tulis dalam belog die. tentang hidup dia. tentang life dia. sedikit sebanyak bukak mata aku. apa maksud matang. even juju ni sama umur ngan aku and aku tengok dia ni jenis slumber. tapi aku leh nampak kematangan dia. no wonder kenapa Allah pilih dia and aizat tuk kawen awal masa umor 23. they deserve. sekarang diorang da ada anak kembar lagi. bestkan.


Point yang aku nak citer kat sini. juju n aizat ni even diorang tak senang mana nak survive hidup kat KL. tapi aku nampak sangat diorang bahagia. kunci kebahagiaan diorang yang buka mata aku adalah BERSYUKUR. juju selalu citer yang dia bersyukur ngan semua rezeki yang Allah bagi. memang nampak kadang-kadang dia lemah. tapi die sangat positif tuk bangkit balik. dia cuba berikan terbaik tuk keluarga dia dan anak-anak kembar dia. dia terima seadanya apa yang aizat beri kat dia tanpa banyak merungut. tu yang aku suke baca belog juju. dia buka mata aku yang selama ni aku ni kadang-kadang memilih pasal jodoh. apa-apa aku tengok kesenangan dulu dari segi materialistik. dia buka mata aku duit bukan segala-galanya. yang penting bersyukur dengan apa yang Allah berikan pada kita dan menerima pasangan kita seadanya. susah senang hadapi bersama. bila tengok juju n aizat, terasa kenapa Allah tak temukan aku lagi dengan jodohku. aku tak bersedia lagi dari segi mental dan fizikal tuk harungi hidup berumah tangga. aku tak cukup matang lagi tuk kawal diri perasaan. semua benda ni aku kena belajar tuk melangkah fasa baru dalam hidup aku. 


Sesungguhnya perancangan Allah sebaik-baik perancangan tuk diri ini. Bila aku betul-betul bersedia samaada aku sedar atau tidak, aku percaya. saat itu pasti Allah satukan aku dengan imam ku. InsyaAllah.
=)


p/s : positifkan minda. postifkan hati ^_^



:: Tak Sabar Nak Pergi JB ::


Assalamualaikum


Hi semua. lama sangat tak berbelog. tak tahu nak tulis ape. bila time bz keje lagila tak de nafsu nak hadap blog. aku selalo gak masuk blog ni sebab senang nak g link-link favorite blog aku suke stalk.... baca belog rajin, nak menulis tu yang malas. hehe.. bila da boring ni rindu sangat nak update blog. mulela godeh sana godeh sini nak customize blog ngan line bb yang lembap tak bayar lagi, memang la sangat kucar-kacir rupa blog ku ni  =_=   


Sekarang ni time cuti sekola. dapatla aku cuti 2 minggu je before masuk sesi sekola 2013. cuti abes kat jaga spm. huhu. sadis. da la boring ya amat jaga spm tu. hope tak la kena taun depan. 2 minggu pon 2 minggu la. dari langsung tak de cuti. alhamdulillah syukur. kalo compare keje laen nak cuti pon susah. lagi sadis.


21-25 dis, JB trip. yeayyy. g umah bestie aku nisa. misi utama nak shoping ngan g legoland. plus makan ayam penyet. da lama sangat mengidam kot. moga selamat pergi dan balik seperti dirancang. mintak-mintakla tak mabuk bas. waaaa. kena beli siap-siap ubat mabuk. prepare-prepare. bila pikir tu kecut perut. aku tak perna g jaoh-jaoh cam ni naek bas. selalo naek kete. sorang-sorang lak tu. *tolong kuatkan hati ye*


Dalam nak g jb ni mula la kena kire bajet kewangan. bulan 12 ni dapat bonus hokey. dapat 700 lebey. bahagia ^_^ . tapi bila kira-kira tak cukup. waaaa. semalam mula la amik pen kertas wat bajet kewangan bulan 12 ni. memandangkan gaji bulan 1 nanti 23hb baru dapat. sesak wooo nanti. hasil kira-kira aku dapatla 400 je spend kat jb. 200 je tuk shoping. huhu. cukup tak cukup 200 tu je la . ingatkan gaji 2000 lebey banyak. tolak ni tolak tu tak cukup. tula nafsu. haihhh...balance 300 tuk g kedah plak. g weding rummate kat usm dulu. ajak sekali shikin sebab tak berani la nak survive sorang-sorang drive. first time lak tu. ngan tak tahu jalannye. wat haru je..


Memang bz la cuti aku 2 minggu ni. hehe. 21-25 g jb. 27-28 dah start meeting skola. tak suke tak suke !!! 29-30 g kedah. 3 januari da masuk sekola. sekejap je da abes cuti. 


p/s: countdown. 4 hari lagi nak g jb. hehe. moga semuanya selamat.





Monday, 24 September 2012

:: petunjuk::



Ya Allah,
jika dia untukku 
berilah aku petunjuk mu
dekatkanla kami
permudahkan la hubungan kami

jika dia bukan untukku
jauhkan la kami
kuatkan la hati kami

berilah yang terbaik untuk kami
aku tidak tahu apa keputusan yang patut aku buat

Ya Allah
bantula aku 
aku sangat-sangat perlukan petunjuk mu

Amin

Tuesday, 27 March 2012

:: countdown ::


Assalamualaikum
=)

hari ni selasa
tinggal 5 hari
nak tinggalkan smk anderson

aku tak sabar-sabar
tapi aku sedey sangat 
nak tinggalkan sekola ni
lebey dari yang aku rasa
masa nak tinggalkan praktikal aku dulu

pahit manis 
dua-dua aku rasa kat sini

yang penting
aku dapat pengalaman yang berharga kat sini
even tak banyak mana

I PROUD BECOME A PART OF ANDERSONIAN
^_^


Saturday, 10 March 2012

:: interim KU ::


Assalamualaikum sume...

hapy! dah start cuti skola. cikgu pulak yang lebey-lebey hapy. hehe. Okay, hari ni aku nak citer pengalaman ku yang berinterim da 2bulan 1minggu.3 weeks to go. tolak cuti skola seminggu tinggalla 2 mingu lg..wewwitt..

Pengalamanku di smk anderson. besela hidup ada pahit manis...up and down...
kita review yang manis-manis dulu la ye..


Manis...

  • sekolah ni agak relax pentadbiran dia. tak rasa push sangat pon
  • aku suka cikgu-cikgu kat bilik guru aku.walaupun di pedalaman tapi kami enjoy! (ada 2 bilik guru.satu kat main building.satu kat yang pedalaman sikit)
  • kantin sekola ni BEST. macam-macam ada yang berkolesterol tinggi.haha.makanan goreng-goreng dia sedap. sizling and ciken cop pon ada tau
  • aku relax. dapat 5 waktu je per week. manis ke ek tu??? huhu...tapi bersyukur la kan kurang kerja
  • kerani pejabat kat skola ni best. tak sombong and baik... selalo dengar kerani skola problem tapi skola ni aku tengok best je
  • overall budak-budak skola ni BAIK. student kelas yang aku dapat okay. sebabkan aku ni OPSYEN RELIEF, so student aku merangkumi segenap jenis perangai dari gred A to F =)
Pahit ...
  • aku dapat 5 waktu je. terrible boring kalo hari selasa khamis and jumaat..huhu
  • okay, aku da jadi buah mulut orang. buah mulut cikgu-cikgu lama yang suka bergosip. bukan salah aku tu. sedap-sedap bawa cerite yang tak tahu cerite sebenarnye. ( paling pahit aku rasa setakat ni)
  • kerohanian sekola ni kurang. puncanya dari cikgu dulu merebak ke student. tak yah la ye nak ngumpat kat sini
  • aku sekadar di pinggiran...hahaha
Tak pela, apa-apa pun banyak pengalaman yang aku dapat. kalo aku di postingkan kat skola ni pon okay je. tapi memang tak nampak bayangan aku di sana. tak pe, rezeki aku ada di mana-mana saja. bumi Allah luas lagi....

Dijangka posting aku bulan 5. moga semuanya benar dan ada rezeki buatku. Ameennn...doakan ye =)

*** gaji !!! gaji !!! bila nak dapat ek?? nak melunaskan sume utang yang sedia ada ...adoilaaa


:: five of us ::




Friday, 9 March 2012

:: nothing to say ::



sian nya belog saya
lama da ditinggalkan
sabar ye en belog
seminggu cuti sekola ni
insyaAllah hari-hari aku update
kalau la
hehehe
= p

*** hatiinisangatrindudiawalaupunakutahuakubukandihatinya***

Wednesday, 1 February 2012

:: tekanan darah tinggi??? oh NOOOO ::


tadi gi wat medical check up
kat private
perak medical centre
doc garang woooo
tarik nafas hembus nafas salah pon kena marah
hadoiii la
ingat gi private best treat la
tapi sebab pikir cepat. dimaafkan je la wahai doc oiiiiiiiii

and 
the bad news
tekanan darah tinggi
pulse tinggi
huuhuhuuhuh
terkejot dengar
plus riso terus

aku akui aku tak jaga kesihatan sejak duduk umah ni
tak senam and keluar peluh
* dulu kat u berbuih-buih ketiak duk jalan plus naik bukit memanjang *
adek kecik aku suka makan ayam goreng
so, aku pon join sekali
see
da dapat nasib kan
and
aku akui aku tak berapa happy duk umah
buruk baik aku kena terima 
sebab mereka family aku
one of the factor aku stress

so
LEARN TO THINK POSTIVE
!!!!!!!!!!!!!!!!
aku pon terus la google-gogle
cari tips-tips

1- da keje kan. kena bagi ketiak berbuih slalo sekarang. kena selalo la round-round sekolah ye. jalan laju-laju bagi peredaran lancar
2- stress??? banyakkan dengar muzik sekarang. aku akui masa kat u dulu aku banyak tekanan pon aku still relax sikit sebab aku rajin dengar muzik.kat umah, sangat-sangat jarang. stress mengamuk-mengamuk nages-nages sorang dalam bilik
3- jaga makan. no makanan bergoreng. ni ayam. more amik bijirin. aku tak leh telan oat. so, amik alternative replace with beras perang
4- jaga tidor. kena tido pukul 10 dan aku memang kena bangun seawal kul 5 pagi nak g sekolah
5- kalo stress tetibe.pergi mandi.amik wuduk. tido sekejap
6- weekend ajak balik parent aku gi jogging kat padang polo

hope sume ni boleh pulih
aku masih muda OK
!!!!!!!!!!






Tuesday, 31 January 2012

:: oh INTERIM ::

nak luahkan perasaan sekarang ni
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

hari ni aku lapor diri
as guru INTERIM
kat SMK ANDERSON IPOH

citernye begini
sume ni mendadak
hari jumaat dpt call kul 4.30
aku terkejot
time tu serabut gak sbb aku kan interbiu 10 feb ni

PERASAAN ????????

tak tahu nak cakap cam ne
tapi more to unhappy
tak tahu sebab apa
cikgu-cikgu kata skola tu best
tak stress
tapi aku tak tahu kenapa aku rasa tak happy

mungkin sebab ni
sekolah tu actually da penuh
kekosongan kat agama, bi, moral

aku sangat susah hati kalo kena ajar bi
aku nak ajar apa
aku tak tahu buat rp bi punye
kena speaking
sedangkan selama ni pun aku tergagap-gagap n ayat tunggang langgang
kalo nak bagi karangan kat student
cam ne aku nak cek karangan diorang
takkan aku nak mintak cikgu lain cekkan
mest tak boleh kan
cikgu lain pon banyak keje lain
tak de makna orang nak tolong aku tanda karangan
siyes aku tak boleh perform kalo dengan bi
subjek lain yang jenis baca aku boleh
leh study benda tu

DILEMA
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

aku interim dengan sorang lagi budak ukm
ustaz
comfem die dialu-alukan
sebab banyak kosong
tadi pon dia da dapat jadual tuk esok

aku ni still terawang-awang
dengar kata aku sok kena relief kelas je dulu

Ya Allah
bantulah hambamu ini
sangat-sangat mengharapkan

nanges
T_T

*** sory nisa...saya letak hp tetibe..siyesly sy stress sgt..time lm pon sy x stress cam ni sbb tau comfem dpt opsyen sy...
*** actually, aku masih bersyukur dapat keje ni....aku tak menyesal dengan sume ni..juz aku stresss







Friday, 27 January 2012

:: alhamdulillah DAN cuak ::

Assalamualaikum

semalam
lepas habis je tengok gemersik kalbu
*arghhh falling in love with sufian*
hehehe
terus nak g solat maghrib

jengok-jengok henpon
ada 2 mesej
nisa dan megat

baca message megat dulu
die inform
namaku untuk interview da keluar

fuhhhhhhh
berdebar-debar
tapi solat dulu
da lewat
hehehe
dalam hati moga interbiu ku lancar
terdetik dalam hati nak interbiu hari jumaat
wahhhhh
boleh nak pilih-pilih hari pulak ye
hahaha

lepas je solat magrib
plan nak mandi
tertunda
terus on lappy
jengok portal spp

NURSYAFINAS BINTI MOHAMMAD ZAKI
10 FEBRUARI 2012
7.30 PAGI
PICC PUTRAJAYA

doakan aku !!!!!!!!!
aku sangat-sangat berdebar
tarik hembus nafas
oksigen oksigen
hehehhe

alhamdulillah 
penantian ku bakal berakhir
sekarang
ada 14 hari untuk berusaha
semaximum mungkin
akan ku manfaat kan sepenuhnya
insyaAllah

Terima Kasih Ya Allah
bantu la
permudahkan la urusan
limpahkan la rezeki 
lapangkan dada
tenangkan hati dan fikiran
berikan lah keyakinan
berikanlah ilham
berilah yang terbaik 

buat Ku dan Rakan-rakan
Amin Amin Amin

=)





:: be CONFIDENT with myself ::



  • Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.
  • Jika orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?
  • Kenal pasti kekurangan atau kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.
  • Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif.
  • Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.
  • Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai pemanas badan yang dapat mengaktifkan diri seseorang.
  • Sentiasa mengemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.
  • Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
  • Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan diperolehi selepas tugas tersebut selesai.
  • Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.



Monday, 23 January 2012

:: Puan Iffah ::


Assalamualaikum...

Hari ni sahabat baikku kahwin. SEDIH tapi aku GEMBIRA. Selamat Pengantin Baru Puan Iffah Nabillah Kamal Bt Abdullah Sany. Yes! kita berjaya ingat lagi nama kamu yang panjang tu. hehe


so happy fou u !!! ade sekeping je gambar. huhu


Aku suka wedding ni. SIMPLE and NICE. sederhana dan penuh berkat. betol-betol buka mata perkahwinan dalam islam sebenarnya tak membazirkan pon. sambil study pon boleh kawen kan. hehe

Mula la nak berangan ni. nak perkahwinan macam ni gak. majlis akad nikah dan kenduri kesyukuran je. simple kan? dan majlis dia sangat cepat. bayangkan akad nikah start pukul 10. sarung cincin dan tangkap gambar  kat umah pengantin kul 12. terus pengantin makan. kul 12 lebih setel da. tinggal sambut tetamu je. tak tinggal pun solat zohor...

Cuba bayangkan wedding zaman sekarang ni. kul 3 baru settle kan. nak sambut tetamu lagi. solat zuhur pkul brape??? ermm, aku harap sangat wedding aku macam ni gak. Amin. Nak kawen gak !!! baju kawen impian color peach...gatai merela noooo..calon da ader??? huk huk huk * tersedak sekejap*  

*** Semoga bahagia sampai ke akhir hayat Puan Iffah dan Encik Izzat ... doakan kita cepat jodoh gak..hehe =)





Saturday, 21 January 2012

:: 30 Jan - 16 Mac ::


Assalamualaikum

HAPPY 
CUAK 
TAKOT 
GIGIL 
SERAM 

banyak postive ke negative ni 
?????
hehehe

ni la perasaan aku sekarang
nak tahu sebab apa

semalam kat portal spp da kuar pasal interbiu spp
dari 30 Jan to 16 Mac
 berperingkat
tapi nama aku tak kuar lagi

SO
secara automatik 
butterfly in my stomach !!!
rama-rama cantik tak???
hehehe

STUDY STUDY STUDY
MORE SERIOUS
PLEASEEEEEEEE
=_=





Wednesday, 18 January 2012

:: my first experiment towards PIZZA ::

Assalamualaikum...

Hi Hi semua. rindu pulak kat belog hari ni. hehe ^_^ meh aku nak story mory sikit even hari ni hari rabu. tak de wordless wednesday ye hari ni.

Okay, hari ni aku nak citer sal first trial aku wat pizza. citer nye begini. last two week, aku and family pergi la giant. aku ni rambang mata sikit. sume nak amik. hehe. nampak la instant pizza. teringin sangat nak makan pizza. bodek-bodek la mak aku. FAIL okay bab bodek kali ni. mak aku cakap tak berbaloi beli. rm8 lebey kecik je pizza dia. last-last mak aku cakap wat je sendiri.

So, bermula la operasi aku mancari resipi-resipi nak wat pizza. FINALLY, aku pilih resipi dalam belog  favourite aku 1001 resipi. aku suka usha-usha makanan dalam belog ni sebab aku peminat pastry =) memang meleleh la tengok-tengok makanan kat sana. sape-sape yang sukakan makanan SEPERTI AKU bolehla usha belog tu kat blog list aku ye =)

Meh-meh aku nak share resepi pizza ni dulu....

BAHAN-BAHAN

Bahan A
1/2 paket yeast kering (6-7g)
1 sudu teh garam
2 sudu besar madu

Bahan B
3 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar olive oil

Bahan C (topping)
sos
mayonese
daging kisar (aku masak kari dulu)
sosej
tomato
lada benggala
cendawan
cheese (mozarella)

CARA - CARA

Campurkan bahan A. Kacau dengan sudu dan biarkan selama 10 ke 15 minit hingga berbuih.

Letakkan bahan B dalam mangkuk mixer @ dalam dulang besar. Lubangkan bahagian tengah, tuangkan campuran bahan A pelan-pelan, dan hidupkan mixer atau mixkan dengan jari-jari anda sehingga semua bahan bercantum menjadi seketul doh.

Terus uli doh dengan tangan. Jika doh keras, tambahkan air sedikit-sedikit sehingga mendapat texture yang lembut dan elastik. Jika lembik sangat, tambahkan tepung sedikit-sedikit. Uli dalam 10 minit. untuk tangan yang lembik macam tanganku T___________T, aku uli nak dekat 20 minit gak.

sebelum......

Letak doh yang telah dibulatkan ke dalam bekas/mangkuk yang telang dioleskan dengan minyak zaitun.Tutup dengan tea towel dan biarkan doh kembang iaitu dalam satu jam.

selepas....
fuhhhhhh. terus gemok dia jadi. banyak sangat makan angin. haha


Selepas sejam, tumbukkan doh dan uli 2,3 minit. Bahagikan kepada 4 bahagian. Biarkan doh dalam 1/2 jam sebelum digunakan.

Leperkan doh dengan tangan. tekan-tekan dengan jari kepada saiz yang anda suka. Lebih nipis lebih sedap. YUMMY =)

Sapukan sos dan taburkan toping pilihan. Bakar pada suhu 180 C selama 20 minit (+ -)

topping yang aku gunakan


HASILNYA
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 jeng jeng jeng


TAK JADI
waaaaaaaaaaaaaaaa

T____________________________________T

dalam dia tak masak sangat

Ni semua BUKAN SEBAB RESIPI tau !!!!!!!!!!!  resipi yang aku bagi ni betol  je. roti dia yang bahagian bawah masak lembut je. yang tak jadi tu bahagian tengah.

So, aku buatla post mortem. mak aku cakap tak jadi sebab ---->

1- SALAH ACUAN. sepatotnya aku kena guna acuan yang tak de border. contohnye tudung periuk tu. acuan yang leper je.

2- TOPPING BANYAK SANGAT. saya sungguh sungguh la TAMAK kan. hehehe....nak banyak punya pasal, last-last tak jadi. hahahaha

3- SALAH LAYER kot. mayonese kena letak sama ngan sos kot. sebab aku rasa muak sangat kat bahagian atas. AND letak sos jugak kat bahagian atas before letak cheese tu. menarik la sikit rupa pizza. ini tak, pucat je rupe pizza aku *NOTED*

Tak pe- tak pe..first time kan? hehe. InsyaAllah lepas ni aku wat mesti jadi. kalau  la kan. hehehe

Selamat Berexperiment =)







Saturday, 14 January 2012

Orang Kata .....

"Ada seorang perempuan... Umur 15 tahun... Bawa anaknya yang umur setahun jalan di pasaraya..."
- Orang kata dia tu perempuan hina... Tak suci... Tak malu... Tapi takda orang tahu...
Dia dirogol masa die umur 13 tahun...


"Ada seorang lelaki... Dia sangat-sangat gemuk"
- Orang kata dia tu tak tahu jaga diri... Tapi tak da orang tahu ...
Dia ada penyakit.. Makan tak makan... Tiap-tiap hari berat badan naik...


" Ada seorang orang tua... Mata dia buta... Telinganya tak da..."
- Orang kata dia tu hodoh... Sangat-sangat hodoh... Tapi tak da orang tahu...
Dia tu askar... Hilang mata & telinga waktu mempertahankan negaranya...


Banyak benda dalam dunia ni
 Kita nampak
Tak bermakna kita tahu segala-galanya

Friday, 13 January 2012

Di Sebalik Namaku ???


is it true ??? aiyooo
 =_=

Penantian ITU Memeritkan...

Assalamualaikum...

Hari ni genap seminggu aku melekat je dengan hp menunggu panggilan dari ppd about guru interim. masuk tandas pon usung hp. bayangkan je la.

Apa tu Guru Interim???

Interim ni actually guru sementara untuk kontrak selama 3 bulan. cam guru ganti la memandangkan khabarnya sekolah-sekolah banyak kekosongan sejak GSTT diberi peluang sambung belajar.
pelik kan? kalau da kosong tu, serapkan je la kami sebagai guru tetap. duk cakap cikgu da penuh sume tu, apasal. ermmm, aku tahu perkara sebaliknya yang berlaku ni

Aku mengharap gak dengan interim ni sebab guru ganti da tak ditawarkan dah. aku tak tahu 'tak ditawarkan' tu tuk sementara atau jangka masa panjang.

Tunggu punya tunggu call dari ppd, manela tau ada rezeki kan. semalam kawan aku anis mesej. dia bagi tahu


Salam pinas, org da kol jpn bhg sek menengah cek nama guru interim tu.
nama org x da.
pastu orang tanya dr usm mmg x da ke, dia ckp x da. 
cm pelik jugak usm x da.
ce pinas try kal no ni ___________/___________ .
tryla dua2 ni.
 nak pastikan nama mmg x da atau diorg mmg x ambik budak usm.


Fuh, kecewa hatiku!!! aku tak call balik pon no tu sebab tak da kredit lor. Sory Anis. lagipun aku rasa kalau aku call tak call pon sama je. baik aku tunggu je. kalo ada rezeki tu adalah.

Stress pikir sal keje ni. SEDIH. aku takot nak pikir masa depan, kehidupan aku tahun-tahun yang mendatang. aku takot nak cakap perkataan KALAU jika nasib aku berlarutan begini T______________T

Aku tak tahu nak keje apa sekarang ni. plannya nak minta guru ganti tapi guru ganti pulak tak de da. nak keje pasar raya, butik-butik so on, aku malehla. penat sampai ke malam tapi gaji rm500 je. tolak minyak makan sume berapa je yang aku dapat. penat je lebih. baik aku duk umah, tolong masak kemas umah semua.lagi berbaloi. leh tolong-tolong fama aku uruskan umah.

SABAR...THINK POSTIVE...DOA !!! itu je yang aku mampu lakukan sekarang. itu sepatotnya yang aku kena wat kan? hehe

Hanya Allah Maha Mengetahui segalanya. Allah tak kan menguji hambanya jika hambanya itu tidak mampu. AKU MAMPU HADAPI SEMUA INI. InsyaAllah kan =)  semuanya ada  HIKMAH yang tersembunyi. besar ganjarannya bagi hamba-hambanya yang bersabar =)




Tuesday, 10 January 2012

Bersangka baik Dengan Ujian Allah =)



Hari ni 10hb

Assalamualaikum

cam semalam yang semua tahu
aku menunggu detik hari ni

dan
KEPUTUSANNYA

ia rumours lagi
hari ni ada lagi rumours
kata minggu depan pulak
kenyataan rasmi dari spp

dengar boleh tapi percaya tidak
bila benar-benar pasti baru aku percaya
itu diri aku sekarang
..................................................

Di Pihak Aku
teruskan study
supaya tak tercirit bila tiba masanya
hehehe

kita SABAR  dan SENYUM lagi ye
=)

Monday, 9 January 2012

Esok 10hb !!!

Esok 10hb
ura-ura khabarnya esok diumumkan

KENYATAAN RASMI POSTING DARI KPM 

huhuhu
harapnya ada la sinar berita gembira

MY PREPARATION ???

*from google*

barulah masuk gear dua
hehehe
selama ni study atas katil kat bilik
asyik krooohhh krooohh je
tenat ni kalau keadaan cam ni
tengok kawan-kawan aku kat fb semua dah study baban la
risau + cuak 
pulak aku ni

so, sejak malam tadi naik satu gear
study atas meja
tak mo kroooohhh krohhh dah

MOGA SEMUANYA BAIK-BAIK SAHAJA
DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN POSTING & INTERVIEW
DOAKAN AKU DAN RAKAN-RAKAN YE
AMIN

=)

Saturday, 7 January 2012

Gambar Pasport


assalamualaikum

hari ni pergi tangkap gambar pasport
putih bersih je muka ku
penipoan muka yang amat ketara sekali
hahaha


Friday, 6 January 2012

Katakan Boleh Pada DIET


Assalamualaikum...




Dalam minggu ni aku ada tengok WHI- wanita hari ni. talk about DIET. aku sangat-sangat tertarik okay. sebab aku alami dilema ni. hehe

And aku minat dengan video yang dia tunjuk. terus aku bergerak ke laptop dan jari jemariku mencari video ni.


Katakan saya boleh
Yakin anda boleh melakukannya!

Sarapan wajib diambil.

 Baca kandungan gizi ( label makanan)
pastikan anda tahu menilai jumlah kalori dan zat makanan yang anda ambil.

 Elak diet sementara
jangan lakukan  crash diet atau nak cepat langsing.

  Makan dengan teratur
sediakan pola pemakanan lengkap yang boleh anda ikuti sebagai rutin harian.

 Banyakkan pengambilan serat.

 Pilih makanan yang menyihatkan.

Lakukan senaman
paling mudah berjalan kaki setiap hari minima 10-20 minit.

Buangkan kebiasaan mengunyah pada waktu malam.

 Banyakkan pengambilan protein.

 Buang kebiasaan yang tidak baik
contoh dengan penggunakan gula yang rendah kalori berbanding  gula biasa.

Jadikan orang sekeliling anda sumber inspirasi.

Catit setiap perkembangan berat badan anda.

Minum air mencukupi.

Berat badan turun badan sihat
sentiasa ingat!


*** Tambahan azam 2012 - kurangkan 10kilo. chaiyok chaiyok ^_^
    




............

aku serba salah
apa yang aku nak kan sebenarnya
aku ni manusia yang tak reti bersyukur  ke
nak kan semua yang aku harapkan terjadi
sampai sanggup melukakan orang yang baik sangat ngan aku

Maafkan Saya
saya nak sangat kawan ngan awak
awak memang kawan terbaik

cuma saya takot bila awak layan saya ngan baik sangat
saya harap sangat 
awak tak salah paham

apa yang saya tahu
awak sahabat saya dunia akhirat
..............................

*** mulut tak de insurans. main lepas je cakap tanpa pikir baik buruknya dulu...MY BAD!

Thursday, 5 January 2012

Wednesday, 4 January 2012

Sendiri Cari Stress

AKU STRESS !!!!!!!!!!
buka fb je tengok status orang study interview
yang aku ni masih la duk kat GEAR SATU
huhuhuhu
ce la rajin sikit finas oiiiiiii

RAJIN RAJIN !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

JANGAN MENYESAL DI KEMUDIAN HARI
PELUANG DATANG SEKALI JE....

Wordless Wednesday v:4


Aktiviti Tahun Baru Saya . . .






Tolong Mak Hias Kelas =)


Sunday, 1 January 2012

Azam 2012

Assalamualaikum... =)

Selamat Tahun Baru 2012 all my readers... Azam 2012 saya adalah...hehe

1) Cam azam before-before ni. moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, hidup diberkati, dipermudahkan segala urusan...
bersyukur dengan segala nikmatNya

2) Kurangkan sifat moody and cakap tak tentu pasal. belajar respect orang sekeliling aku, belajar untuk tenang, lebihkan bersabar. Amin...

say NO to moody

3) Built my career. berharap aku dipostingkan tahun ni dan aku dapat menjadi cikgu yang baik. =) Ya Allah, permudahkan la interview spp ku. Amin..Moga-moga dapatla posting kat sekolah area rumah !!!

4) Aku mahukan kereta sendiri. myvi pon jadilah..hehe

aisehhh...sekarang mata duk nampak myvi comey je =p

5) Nak beli hp baru. hp sekarang da nazak sangat ni. hp pilihan aku antara samsung galaxy y @ samsung galaxy fit. tengok bajet nanti...

galaxy y 

ATAU

galaxy fit



6) Having a serious relationship for married. hehe. menyedari umurku makin 'muda' menjangkau dua puluh empat =)

mencari bakal imam ku ^_^

7) Menabung SEKURANG-KURANGNYA ada 5 ribu hingit dalam bank. saving for nak hantar mak ayah g mekah plus diri sendiri gak. dan duit tu gak permulaan simpan duit nak kawin..hoho

8) Kalau dapat, nak beli lappy baru menggantikan lappy ni yang sudah berusia hampir 5 tahun.