Hi Hi semua. rindu pulak kat belog hari ni. hehe ^_^ meh aku nak story mory sikit even hari ni hari rabu. tak de wordless wednesday ye hari ni.
Okay, hari ni aku nak citer sal first trial aku wat pizza. citer nye begini. last two week, aku and family pergi la giant. aku ni rambang mata sikit. sume nak amik. hehe. nampak la instant pizza. teringin sangat nak makan pizza. bodek-bodek la mak aku. FAIL okay bab bodek kali ni. mak aku cakap tak berbaloi beli. rm8 lebey kecik je pizza dia. last-last mak aku cakap wat je sendiri.
So, bermula la operasi aku mancari resipi-resipi nak wat pizza. FINALLY, aku pilih resipi dalam belog favourite aku 1001 resipi. aku suka usha-usha makanan dalam belog ni sebab aku peminat pastry =) memang meleleh la tengok-tengok makanan kat sana. sape-sape yang sukakan makanan SEPERTI AKU bolehla usha belog tu kat blog list aku ye =)
Meh-meh aku nak share resepi pizza ni dulu....
BAHAN-BAHAN
Bahan A
1/2 paket yeast kering (6-7g)
1 sudu teh garam
2 sudu besar madu
Bahan B
3 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar olive oil
Bahan C (topping)
sos
mayonese
daging kisar (aku masak kari dulu)
sosej
tomato
lada benggala
cendawan
cheese (mozarella)
CARA - CARA
Campurkan bahan A. Kacau dengan sudu dan biarkan selama 10 ke 15 minit hingga berbuih.
Letakkan bahan B dalam mangkuk mixer @ dalam dulang besar. Lubangkan bahagian tengah, tuangkan campuran bahan A pelan-pelan, dan hidupkan mixer atau mixkan dengan jari-jari anda sehingga semua bahan bercantum menjadi seketul doh.
Terus uli doh dengan tangan. Jika doh keras, tambahkan air sedikit-sedikit sehingga mendapat texture yang lembut dan elastik. Jika lembik sangat, tambahkan tepung sedikit-sedikit. Uli dalam 10 minit. untuk tangan yang lembik macam tanganku T___________T, aku uli nak dekat 20 minit gak.
sebelum......
Letak doh yang telah dibulatkan ke dalam bekas/mangkuk yang telang dioleskan dengan minyak zaitun.Tutup dengan tea towel dan biarkan doh kembang iaitu dalam satu jam.
selepas....
fuhhhhhh. terus gemok dia jadi. banyak sangat makan angin. haha
Selepas sejam, tumbukkan doh dan uli 2,3 minit. Bahagikan kepada 4 bahagian. Biarkan doh dalam 1/2 jam sebelum digunakan.
Leperkan doh dengan tangan. tekan-tekan dengan jari kepada saiz yang anda suka. Lebih nipis lebih sedap. YUMMY =)
Sapukan sos dan taburkan toping pilihan. Bakar pada suhu 180 C selama 20 minit (+ -)
topping yang aku gunakan
HASILNYA
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jeng jeng jeng
TAK JADI
waaaaaaaaaaaaaaaa
T____________________________________T
dalam dia tak masak sangat
Ni semua BUKAN SEBAB RESIPI tau !!!!!!!!!!! resipi yang aku bagi ni betol je. roti dia yang bahagian bawah masak lembut je. yang tak jadi tu bahagian tengah.
So, aku buatla post mortem. mak aku cakap tak jadi sebab ---->
1- SALAH ACUAN. sepatotnya aku kena guna acuan yang tak de border. contohnye tudung periuk tu. acuan yang leper je.
2- TOPPING BANYAK SANGAT. saya sungguh sungguh la TAMAK kan. hehehe....nak banyak punya pasal, last-last tak jadi. hahahaha
3- SALAH LAYER kot. mayonese kena letak sama ngan sos kot. sebab aku rasa muak sangat kat bahagian atas. AND letak sos jugak kat bahagian atas before letak cheese tu. menarik la sikit rupa pizza. ini tak, pucat je rupe pizza aku *NOTED*
Tak pe- tak pe..first time kan? hehe. InsyaAllah lepas ni aku wat mesti jadi. kalau la kan. hehehe
Selamat Berexperiment =)

No comments:
Post a Comment