Daisypath Anniversary tickers

Friday, 27 January 2012

:: be CONFIDENT with myself ::



  • Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.
  • Jika orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?
  • Kenal pasti kekurangan atau kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.
  • Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif.
  • Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.
  • Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai pemanas badan yang dapat mengaktifkan diri seseorang.
  • Sentiasa mengemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.
  • Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
  • Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan diperolehi selepas tugas tersebut selesai.
  • Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.



No comments:

Post a Comment