Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 31 December 2011

Bubye 2011

Assalamualaikum...

Lagi beberapa detik je lagi nak ucapkan Selamat Tinggal 2011. tahun yang sangat mematangkan diriku. tahun yang banyak memberikan pengalaman dan memberikan aku confidence untuk menghadapi suka duka hidup ni. Suka Duka macam-macam ada. Banyak sangat yang aku belajar dalam tahun ni. LIFE CAREER CONFIDENCE HUMAN RELATIONSHIP LOVE RESPECT BRAVE  n bla bla bla =)

Jommmm...aku nak REVIEW apa yang jadi ngan hidup aku sepanjang 2011 ni... hehe

1) Dari bulan Jan hingga April tu, aku dibelenggu ngan practical. kami panggil Lm ( latihan mengajar )..hoho... tak tahula nak cakap lm aku best ke tak...tapi lm ni banyak menjadikan aku berani. pukul 5 pagi da bangun siap-siap. kul 6 pagi da kejar bas rapid di saat sume student USM duk lena-lena..huhu.. time tu jugak aku and tasnim sampai tukar transport TUJUH KALI!!! dalam masa 4 bulan.. finally kami fed up and bermula la menjadi warga rapid pagi-pagi... pasal student, hohoho...sangat2 mencabar... aku bahagikan lm aku ke 3 period sebab ada  observation dari my lovely lecturer. aku beruntung sangat dapat dr zarina. dia sangat keibuan. duka-duka aku selama lm terubat bila cerita suma kat dia.

nadia, aku dan tasnim @ meeting pibg

First period - aku lm rasa susah sangat nak adapt dengan persekitaran kerja dan sekolah. selepas 5 tahun aku tinggalkan zaman sekolah tup-tup masuk skola balik. skola aku practical ni tak sama lak ngan situasi aku skola dulu. agak mencabar gak hadapi budak-budak yang kurang nak belajar ni... aku ingat lagi, seminggu pertama tu rasa bising sangat suasana skola..aku lak asyik duk tersasul je bahasakan diri AKAK...susah wooo nak tukar ke title cikgu tu...masuk-masuk kelas rasa weird je orang bagi salam kat kita..haha..

hari terakhir bersama student ku

Second period - aku da rasa best sangat being as a TEACHER... rasa tak sabar-sabar nak pergi skola.. may be sebab aku da dapat sesuaikan diri...lagipon muncul si A yang banyak bagi aku support time tu...

 ni la kerja kami bila masa free sangat..hehe

Third period - aku rasa fed up da ngan perangai student. may be student da tau aku nak habis da practical aku, depa da makin out of control..setiap hari aku doa biarla hari-hari lm ku berlalu ngan sangat cepat..

2) Disebabkan lm ni aku banyak hadapi hidup berseorangan. time ni la aku banyak beranikan diri and rasa alone sangat. may be sebab masa lm aku still duk kat hostel, aku sangat-sangat rindu ngan bestie-bestia aku.. aku rindu sangat tirah, su, nini and mas time tu... bayangkan satu sem tu sangat mengubah kehidupan aku. makan sorang. sume wat sorang-sorang. mujur la nak dekat habis lm tu depa mai usm hujung minggu and aku sangat-sangat happy ngan kehadiran diorang.

sahabat ku dunia akhirat
* sila abaikan gambar kaki yang kurang sopan di situ..haihh..spoil betol *

3) Lm jugak wat aku berani naik bas sorang-sorang..haha..manjanya aku ni !!! selama 7 sem aku kat usm, aku tak pernah naik bas sorang-sorang. takot punye pasal. dan sem akhir ni aku diberi kekuatan. mungkin sebab lm ni banyak mengubah diri aku.

4) 2011 jugak aku mengenali si A.. permulaan kenal hanya di alam maya. dia sangat membantu aku memberi aku semangat di saat aku memerlukan someone untuk support diri aku... thanks A =)
hingga kini kami masih lagi berkawan and A memang kawan terbaik untuk diri aku...

5) Habis je lm bermula lah episod tanam anggur aku. keje taska, keje ngajar tuisyen kat Ad Din, home tuisyen..itulah aku wat selama tanam anggur ni...hehe

6) Aku kena CHICKEN POX ...huhu..disebabkan ciken pox aku kena masa bulan ramadhan, aku pose 10 hari je. sebab kena attach ubat... agak terok sebab kena time dewasa. penuh satu badan aku kena. ni pon parut duk tak hilang-hilang lagi...sume adik adikku aku kena jugak. ikot turutan lak tu... tahun ni kami tak beraya la...aku kena time ramadhan , sume adik-adik aku lak kena time syawal...hope ni la first and last aku kena ciken pox. Aminnnnnn.............

7) Pada 23 Sept my CONVOCATION DAY  !!!!!!!!!! the best memories in 2011... sangat-sangat happy berkampung seminggu sebelum konvo ngan bestie-bestie ku...memang ronngeng abes la..haha..hajat kami nak g bukit bendera before meninggalkan bumi penang tercapai.. yeayyyyy!!!!!
konvo ku agak spoil sikit sebab da tak comey da..huhu..ngan parut ciken pox + bum bum melampaunya ( hasil ternakan ladang angur aku...hehe)....

bersama jubah kami


pre convo 


pre convo

lihatlah parut ciken pox ku masih kelihatan..huhu..ingatkan orang kedai gambar editla muka tu =(

sengih-sengih : D

dalam cable car Bukit Bendera

di puncak bukit bendera

menikmati angin sepoi-sepoi kat pantai qb

2011 dalam kenangan...banyak sangat pengalaman untuk diri aku... aku insan lemah yang sering melakukan kesilapan....aku masih lagi mencari identiti diri aku dan masih lagi berusaha untuk jadi terbaik antara terbaik =)




Thursday, 29 December 2011

Dilema..Hohoho

nak keje ke tak ni ?????
huhuhuhu
ikot hati memang malas nak apply cikgu ganti ni
tapi tak kan nak duk umah je
menanti sinar posting yang tenggelam timbul
DILEMANYA
semua gara- gara posting
bajet cam nak interview dah
sekarang tunda lagi
ARGHHHHHHHHH!!!!!!


Tuesday, 27 December 2011

non update...

dah lama tak jenguk-jenguk blog
( lama ke ??? 3,4 hari je pon..hehe)

aku balik kampung tiga hari ni
bawak je lappy
tapi tak de mood nak bukak

sangat-sangat mengalami KONFLIK JIWA
3 hari ni
mencari diriku
mencari semangat
mencari segala-galanya
yang dah lama aku hilang
dan makin melupakan

hanya Allah tempat aku bergantung sekarang ni
dalam usaha menjadi insan yang terbaik

10 Sikap manusia yang dicela oleh Allah SWT

1. Gelojoh ketika makan
2. Banya bercakap (benda sia-sia)
3. Suka marah-marah (panas baran)
4. Hasad dengki (tidak pemaaf)
5. Kedekut (kedekut harta, pertolongan dan sebagainya)
6. Bermegah-megah
7. Cintakan dunia
8. Ego atau sombong ( rasa diri tu sangatlah hebat dan tidak perlu orang lain)
9. Bangga diri (tidak boleh menerima nasihat atau pendapat orang lain)
10. Gemar kepada pujian (suka menunjuk-nunjuk)



*** cam comfirm je interview bln Jan ni...i'm a bit stress and risau. moga dipermudahkan segala urusan. Amin ...
*** bb pon slow je..nak tukar lagu pon tak leh. loading lama sangat..


Thursday, 22 December 2011

Aku Gembira...Aku Sedih

Hari ni
kawan baikku
sejak darjah 5
invite aku ke majlis wedding dia
23 Januari 2012

tak dapat nak diungkap perasaan tu
AKU GEMBIRA
kawan baikku bertemu empunye tulang rusuknya 
AKU SEDIH
melepaskan kawan baikku 

Moga awak bahagia smpai ke syurga ye
Iffah Nabillah Kamal Bt. Abdullah Sany



Wednesday, 21 December 2011

Tuesday, 20 December 2011

Posting Back...

Hari ni dapat lagi khabar berita pasal
posting

interview bulan Jan
posting bulan Mac

aku harap biarla berita ni benar semata-mata
Amin
jangan lah rumours lagi. tak mo da dengar rumours-rumours ni.huhu

 kena start study interbiu secara SERIUS. hafal n masterkan FPK, NKRA n sume dasar-dasar pendidikan

*** otak saya kena start warm up balik ye***
=)

Tolong-menolong Budaya Kita...


Assalamualaikum...

Hi Hi sume ^_^  Cuba korang tengok video ni ...




Best tak ??? hehe.. bagi aku best !!!...

" What goes around will comes around " 

*** Adik last aku yang umor 4 tahun tu kencing tido malam la plak hari ni. mujur budak tu tido atas toto je, kalo atas katil haru nak mengusung tilam berat tu. huhu


Monday, 19 December 2011

say NO to BINTIK HITAM

Assalamualaikum...

Based on my title ' say NO to BINTIK HITAM ', memang aku alami masalah ni. muka aku type oily face. aku tak leh lari dari alami masalah ni. huhu

Tak kan aku nak biarkan je kan. jadi, sejak aku form 5 aku beli la BIORE PORE PACK. Yes !! ia berjaya. tapi harga dia agak mahal bagi aku bila lama-lama da selalu beli. hehe (saya kedekut orangnye ^_^). sesuai la ngan harga, sebab ia mudah tuk digunakan =)



Before ni aku ada dengar orang kata guna putih telor. aku wat tak jadi pon. huhu. mengeras je kat muka. aku tak praktikkan la petua ni. TAPI...

Sejak tanam anggur ni, aku ada nampak petua guna putih telor ni tunjuk kat tv..ia MURAH dan sangat MUDAH DIDAPATI !! cam paham-paham je aku duk kering ni. hehe

Caranya ---> Amik TISU, then korang cut-cut la bagi kecik sesuai nak letak kat hidung. Celupkan tisu dalam PUTIH TELOR ( alaaa, cam wat roti telor tu). Letakkan kat hidung. Biarkan dia kering. Agak-agak da cukup kering, cabut tisu tu...

... Ini Tisu ...
... Ini Telor ...


Jeng jeng jeng ..... Tengok la hasil dia nant. Ia berjaya menanggalkan bintik hitam wooo..
Selamat Mencuba =)

*** Pastikan pas korang wat, letak TONER kat muka ye. bagi tutup balik liang-liang roma yang da terbuka tu...


Sunday, 18 December 2011

Hatiku Milikmu



Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan
Diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu 

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kan ku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Aku sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh cintaku

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Aku sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini



Friday, 16 December 2011

Keje Oh Keje...

Assalamualaikum...

Hari ni sudah 8 BULAN  aku menganggur sebagai pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan (Kepujian) (Biologi) USM ... ermm,@ nak cikgu sains/ biologi la..
     
  " alaaaa,cikgu senang je dapat keje.kuar-kuar u terus dapat keje.kat kepala da cop RM2000 da"

Huhu..sedihnya bila teringat ayat ni balik.ayat-ayat ni valid tuk taun sebelum-sebelum ni ye..mulai tahun kami ia tidak valid lagi atas sebab kami adalah ISMP..kalo nak jadi cikgu yang senang dapat keje,masukla IPG ke..tak pon masuk je kos-kos lain,ambil la DPLI/KPLI or GSTT...huhu...

Aku tak mahu kata aku menyesal ambil kos perguruan..sebab semuanya sudah ditakdirkan..n makin lama aku makin suka mengajar because I LOVE TO TALK..hehe...

Dulu masa nak masuk kos cikgu ni pon bukan senang..di saat rakan-rakan yang kos laen hanya isi borang UPU..kami kos cikgu perlu melalui ujian MEDSI dan interview..tak tahu di mana silapnya..tidak cukup lagi ke kami ni tuk diambil sebagai guru..kos laen hanya mengambil masa 3 tahun kat U (kebiasaannya)..tapi kami memerlukan 4 tahun tuk grad..ptptn pon bertambah wooo..

Tak pela, itu yang ditakdirkan tuk diri aku..sekarang masih lagi MENUNGGU dan MENUNGGU...ayat paling mahal buat aku sekarang SABAR ...Allah sedang uji kesabaran kami sekarang..aku tahu lagi banyak kesabaran yang diperlukan bila bergelar cikgu nanti..InsyaAllah..Aku percaya pada rezeki Allah =)

* from google*


Okayla,dalam menempuh 8 bulan ni nak tahu apa yang aku wat..

1) keje taska ^_^...aku hanya keje 4 hari saja..penat woo..PLUS majikan aku cilok banyak..dia kurangkan pengambilan pekerja ngan gaji ciput gak n aku sorang yang muda di situ kena handle dlm 12 budak cam tu area umor 2-3 tahun..penat time nak mandikan n paksa diorang tido siang..ada sorang makcik gak keje situ tapi makcik tu dia handle baby.sorang je baby..so,aku amik keputusan quit n 4 hari burn cam tu je..

2) wat tuisyen. aku memang nak wat tuisyen.tapi sapa nak tuisyen ngan aku ( memang senang orang kata)

" alaaa..wat tuisyen je..kaya tu wat tuisyen"

tapi sapa nak jadi student aku?? setahu aku masa aku zaman sekolah lagi, parents lebih  prefer antar anak-anak kat cikgu sekolah yang berpengalaman lagi...kalo aku jadi students,aku pon sama.lagi-lagi taman umah aku jauh dari sekolah n jiran-jiran aku commonly mak ayah depa cikgu-cikgu pakar....

TAPI mujurla ada kawan mak aku ada nak antar anak dia sorang ni..form 2..so,cuti skolah bln 4 ke 5 (aku tak ingat da) yang 2 minggu tu, anak kawan mak aku ni antar anak dia...joint venture skali belajar ngan adik F2..

3) aku keje kat pusat tuisyen..dari bulan 7-10..ajar sains n math kat budak darjah 3,4,5...3 jam seminggu..dapat la dalm 200 je sebulan...

4) keje sekarang ni...musim cuti sekolah. kawan mak aku antar anak dia tuisyen balik

5)TAK TAHU nak wat pe da abis cuti sekolah ni..ingat nak apply GURU GANTI...tak tahu la dapat ke tak..bukan senang nak dapat....huhu

Ya Allah, permudahkan urusan posting kami..Murahkanlah rezeki kami...Berilah terbaik tuk diri kami...Amin

*** surat bayaran balik ptptn akan sampai bulan ni !!! cam ne nak bayar balik? huhu..
*** aku percaya sume ni ada HIKMAH yang Allah berikan


Thursday, 15 December 2011

Misi Melebatkan Rambut...

Okay,tuk hari ni aku nak cerita sal RAMBUT  ^_^

2,3 bulan ni aku realize aku alami keguguran rambut..aku tak tau la teruk ke tak sebab memang setiap hari rambut kite akan gugur.tapi rambut aku cam banyak sangat..pantang aku pegang rambut,mesti gugur..bukan 1 2 helai ni smpai 4 5 helai..huhu

Aku da mulai risau..aku tak nak  BOTAK..aku kena gak lakukan something.nak beli shampoo 'bawang' tak mampo lor lagi,aku tak keje lagi..nak lepas top up pon cungap-cungap..

So,aku google la cari petua orang lama-lama..mane la tau ada yang boleh aku apply.gogle punye google banyak la gak petua aku jumpe..tapi aku nak kan petua yang aku boleh praktikkan..
AKHIRNYA aku jumpe --->

Caranya : Ramas daun bunga raya dalam air.. Biarkan semalaman dan lumurkan atas kepala (aku tak wat pon semalaman.pagi aku ramas petang aku lumur)..Lakukan seminggu sekali.

Since umah aku ada pokok bunga raya,aku pon try la petua ni..Aku baru wat 2x..tak tau la mujarab ke tak petua ni.at least usaha kan?Hope sangat-sangat it work out..Please la..huhu..

Selain dari lebatkan rambut, daun bunga raya ni leh ubati demam panas n hitamkan rambut ( abg google ckp)

Kalo petua ni menjadi,later-later aku g tau =)

Wednesday, 14 December 2011

Jodoh kita...

Tak semestinya jodoh kita
dengan orang yang dah lama kita
kawan tapi mungkin 
jodoh kita dengan orang yang 
baru kita kenal 

Semuanya Allah Taala yang menentukan 
(Zulqarnain El Shirazy)


Wordless Wednesday v:1


masak-masak n berkelah @usm

really miss my usm bestie ( trah, su, nini, mas )



Hati ini...

Alangkah bagus jika  ia mudah untuk diungkap dengan kata-kata
Rasa keliru,rasa sedih,rasa kecewa,rasa rindu semua bercampur aduk
Ia kisah lepas yang tak mampu aku rungkaikan kembali
Kisah antara KAU dan AKU
Tapi ia masih tersimpan kemas dalam memori dan mimpiku
Kadang- kadang kata-katamu masih ku ingati
Setiap ceritamu masih ku ingati setiap satu persatu
Hanya Allah dan masa yang mampu rungkaikan semua ini
Aku tidak mampu lagi
Moga kau dan aku bahagia :)




*maaf jika aku yang bersalah*


Tuesday, 13 December 2011

Facial Resdung...

Hi Hi sume.Assalamualaikum

Okay,hari ni aku nak cerite sal facial resdung. ahad yang lepas ak try wat facial resdung kat megoplex.nak kata resdung aku teruk,tak la gak.tak de la asek gatai je muka,tapi yang obvious aku resdung kat mata.kalo kena habuk,aku gatai-gatai kat mata n mata berair.(huhu).seksa rase bile die kena.tapi tak dela plak bersin slalo.

Aku g hari tu sebenarnya adek laki aku yang nak wat.resdung die memang teruk.muka die da kuar itam-itam.facial resdung ni da banyak kali da dia wat.aku je yang 1st time.

Nak ceritakan pengalaman aku wat facial.act,before ni memang aku teringin sangat nak wat facial face tapi kalo juz saja-saja nak wat memang tak dapatla.lagi-lagi tak bekerja ni.mak ayah still tanggung lagi.so,aku memang excited nak cuba.tapi takot gak.(haha).takot nak cuba.tanya banyak-banyak kali kat adik aku rasa apa.(hehe)

Apa yang aku rasa time wat tu??? BEST !!!sebab memanjakan diri (haha).rasa tenang bila dia cuci muka kite.tapi time wat asap tu.sakit idung + sakit tekak.rasa cam kita dekat ngan asap la.sesak nafas bau asap.aku time tu agak confuse.ingat tak leh buka mulut.duk la tahan nafas.tersumbat rasa.last-last,aku buka mulut tanye kat orang wat tu." nak buka mulut leh tak".org tu pon cakap " eh boley2.bernafas ikot mulut". FUH!.cepat-cepat aku bukak mulut.(haha).pas wat asap-asap tu,die bubuh mask.time mask,agak lama la gak.rasa nak tdo sedap je aircond,tapi tak ley la nak tdo.aku rasa lama sgt pakai mask tu,sebab aku tak suka tutup-tutup mata ni.adik laki aku lagila siap main-main jari kaki dia.haha.

Hasilnya.Yeye!! muka aku bersih.orang pertama tengok aku adik aku yang hasif.dia tunggu kami kat luar sambil baca komik.dia tegur muka aku bersih.mak ayah aku g makan kat food court.mak aku pun tegur muka bersih.aku perasan keliling hidung aku ada putih-putih dah hilang. tapi kan pas wat tu MERENYAM .adushh..hama resdung makin aggresive.huhu. pas ni bila da keje aku teringin nak wat facial face.aku tanya kat kedai tu facial face dalam rm35.mahal ke tak ek? aku tak perna tanye kat kedai lain.tapi kalo resdung facial ni rm15 tuk 2 btg.aku wat muka je.pas ni rasa nak wat 'eye facial resdung' plak.hari tu nak try tapi kena tambah rm15 lagi.

Sape-sape yang tak tau ape tu resdung korang goggle-goggle la ye. aku pun tak arif sangat.ada gak aku google baca-baca sikit. apa yang aku paham.resdung ni disebabkan hama.lama-lama dia boleh jadi kulat dalam kulit kite n wat rongga kulit kite tersumbat.sebab tu jadinya alahan.tak tahula plak betol ke tak apa yang aku paham ni.

Sape-sape tahu cara nak rawat resdung ni g taula.sian kat adik ak hakim tu.dulu ada skali ni g berubat.tok sheikh tu kate resdung(sinus) ni kena pantang makan terung + kuning telor.n seriously it work out.sebab tok ak ada sinus yang agak teruk.setiap masa bersin.tok aku memang jenis pantang makan orangnya.dia memang pantang betol-betol kuning telor.hasilnya,nampak dia tak bersin-bersin da.yang adik aku ni susah sebab dia suka makan mamak kat melaka tu..alahai.tak tahu nak cakap apa da ngan dia tu.

Rasa cam nak cari gambar contoh-contoh resdung kat gogle.sekali tengok menggelikan.huhu.tak jadila.korang gogle sendiri je la ye.hehe ^_^




First Entry

Assalamualaikum...

For my first entry,tiada benda yang aku nak share (Hohoho) .Tak de idea lagi la nak tulis ape. Ni kali kedua aku tulis blog, blog yang lepas aku delete sebab aku nak lupakan kisah lama. Tak nak baca da kesah lepas-lepas.

Aku harap blog kali ni dapat bertahan lama. Cerita hidup aku yang baru ku sedari penuh warna-warni. Nothing more can I say. Juz ...

Welcome to MyHeart MySoul My Passion :)