Daisypath Anniversary tickers

Monday, 17 December 2012

:: sakit badan ::

Assalamualaikum


Morning! hari ni bangun pagi sakit-sakit badan. huhu. tak tahu nape. tak kan bp aku naek lagi kot. sakit tengkok, pening kepala, badan sakit-sakit. nak muntah pon ada. angin ke ek? kadang-kadang terpikir ada benda menumpang ke. waaaaa. takot. mintak-mintak dijaohkan. aku baru pas peod. masa before peod sakit gak cam ni. bersangka baik je la kan. sakit badan urat sume sebab baru balik bercuti kat pd. pas tu aku peod ok da badan. ni hari ni nape sakit balik. huhu. effect mood. anggap jela bp ngan angin ni.
*please jaga makan ye. ko tu jumaat ni nak g jalan-jalan. camne nak jalan kalo sakit. =_= *


p/s : nak bubuh gambar. tapi line lembap yang amat. tak sabar aku nak tunggunya. bayar bb dl ye, baru pkir nak bubuh gambar.



Sunday, 16 December 2012

:: Duit Bukan Segala-galanya ::


Assalamualaikum


Second entry tuk hari ni. hehe. malam ni aku nak cerite tentang life,duit dan diriku. salah satu sebab yang wat aku semangat sangat nak berbelog balik sebab aku terbaca belog sorang sedara aku ni. dia ni pangkat makcik aku. umor sama aku 24. nama die juju. dia ni isteri kepada pakcik aku aka cuzin mak aku. pakcik ke??? errrkkk..haha. pakcik aku umur sebijik ngan aku. dia lahir sama tarikh ngan aku. 27/7/88. aku ni tak rapat pon ngan pakcik aku ni. tak perna bercakap pon kot. tapi ngan bini dia ni laen. startnya ngan wedding kakak diorang ni. tua setaun dari aku. time tu baru start aku cakap ngan juju. and aku suke kawan ngan juju ni sebab die ni peramah n tak sombong. ok la. first impression aku tuk dia.


Yang menarik aku nak citer tentang juju and aizat ni. aku baca belog si juju ni. dari satu entry ke entry. aku suka cara dia tulis dalam belog die. tentang hidup dia. tentang life dia. sedikit sebanyak bukak mata aku. apa maksud matang. even juju ni sama umur ngan aku and aku tengok dia ni jenis slumber. tapi aku leh nampak kematangan dia. no wonder kenapa Allah pilih dia and aizat tuk kawen awal masa umor 23. they deserve. sekarang diorang da ada anak kembar lagi. bestkan.


Point yang aku nak citer kat sini. juju n aizat ni even diorang tak senang mana nak survive hidup kat KL. tapi aku nampak sangat diorang bahagia. kunci kebahagiaan diorang yang buka mata aku adalah BERSYUKUR. juju selalu citer yang dia bersyukur ngan semua rezeki yang Allah bagi. memang nampak kadang-kadang dia lemah. tapi die sangat positif tuk bangkit balik. dia cuba berikan terbaik tuk keluarga dia dan anak-anak kembar dia. dia terima seadanya apa yang aizat beri kat dia tanpa banyak merungut. tu yang aku suke baca belog juju. dia buka mata aku yang selama ni aku ni kadang-kadang memilih pasal jodoh. apa-apa aku tengok kesenangan dulu dari segi materialistik. dia buka mata aku duit bukan segala-galanya. yang penting bersyukur dengan apa yang Allah berikan pada kita dan menerima pasangan kita seadanya. susah senang hadapi bersama. bila tengok juju n aizat, terasa kenapa Allah tak temukan aku lagi dengan jodohku. aku tak bersedia lagi dari segi mental dan fizikal tuk harungi hidup berumah tangga. aku tak cukup matang lagi tuk kawal diri perasaan. semua benda ni aku kena belajar tuk melangkah fasa baru dalam hidup aku. 


Sesungguhnya perancangan Allah sebaik-baik perancangan tuk diri ini. Bila aku betul-betul bersedia samaada aku sedar atau tidak, aku percaya. saat itu pasti Allah satukan aku dengan imam ku. InsyaAllah.
=)


p/s : positifkan minda. postifkan hati ^_^



:: Tak Sabar Nak Pergi JB ::


Assalamualaikum


Hi semua. lama sangat tak berbelog. tak tahu nak tulis ape. bila time bz keje lagila tak de nafsu nak hadap blog. aku selalo gak masuk blog ni sebab senang nak g link-link favorite blog aku suke stalk.... baca belog rajin, nak menulis tu yang malas. hehe.. bila da boring ni rindu sangat nak update blog. mulela godeh sana godeh sini nak customize blog ngan line bb yang lembap tak bayar lagi, memang la sangat kucar-kacir rupa blog ku ni  =_=   


Sekarang ni time cuti sekola. dapatla aku cuti 2 minggu je before masuk sesi sekola 2013. cuti abes kat jaga spm. huhu. sadis. da la boring ya amat jaga spm tu. hope tak la kena taun depan. 2 minggu pon 2 minggu la. dari langsung tak de cuti. alhamdulillah syukur. kalo compare keje laen nak cuti pon susah. lagi sadis.


21-25 dis, JB trip. yeayyy. g umah bestie aku nisa. misi utama nak shoping ngan g legoland. plus makan ayam penyet. da lama sangat mengidam kot. moga selamat pergi dan balik seperti dirancang. mintak-mintakla tak mabuk bas. waaaa. kena beli siap-siap ubat mabuk. prepare-prepare. bila pikir tu kecut perut. aku tak perna g jaoh-jaoh cam ni naek bas. selalo naek kete. sorang-sorang lak tu. *tolong kuatkan hati ye*


Dalam nak g jb ni mula la kena kire bajet kewangan. bulan 12 ni dapat bonus hokey. dapat 700 lebey. bahagia ^_^ . tapi bila kira-kira tak cukup. waaaa. semalam mula la amik pen kertas wat bajet kewangan bulan 12 ni. memandangkan gaji bulan 1 nanti 23hb baru dapat. sesak wooo nanti. hasil kira-kira aku dapatla 400 je spend kat jb. 200 je tuk shoping. huhu. cukup tak cukup 200 tu je la . ingatkan gaji 2000 lebey banyak. tolak ni tolak tu tak cukup. tula nafsu. haihhh...balance 300 tuk g kedah plak. g weding rummate kat usm dulu. ajak sekali shikin sebab tak berani la nak survive sorang-sorang drive. first time lak tu. ngan tak tahu jalannye. wat haru je..


Memang bz la cuti aku 2 minggu ni. hehe. 21-25 g jb. 27-28 dah start meeting skola. tak suke tak suke !!! 29-30 g kedah. 3 januari da masuk sekola. sekejap je da abes cuti. 


p/s: countdown. 4 hari lagi nak g jb. hehe. moga semuanya selamat.